Kelibat unit ujian Saga MC2 dikesan

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, seorang pembaca Careta Putra Kamrin Azran telah menemukan unit ujian Proton Saga yang dipandu dari Seksyen 16 menghala ke SPRINT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan info daripada rakan media Funtasticko, ia merupakan Saga MC2 berdasarkan pemakaian pelekat samaran yang minima, namun dengan pelekat samaran yang menutupi penuh rekaan rim Saga tersebut.
 

Saga MC2


Difahamkan, Saga MC2 ini merupakan model kemaskini terakhir yang bakal diperkenalkan oleh Proton sebelum model serba baharu membuat kemunculan pada tahun 2023/2024, kira-kira tujuh atau lapan tahun selepas ia dilancarkan pada tahun 2016.

Pada ketika ini, Proton Saga masih lagi ditawarkan dengan enjin 1.3 liter yang berupaya menghasilkan 95 PS dan 120 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan daripada Hyundai.
 

Saga


Menurut sumber Funtasticko, terdapat kemungkinan pelancaran model ini dijangka lewat sedikit berbanding jadual asal disebabkan beberapa vendor Proton yang baharu sahaja pulih daripada bencana banjir besar baru-baru ini.

Sumber info: Funtasticko

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…