Kelibat Proton EMAS, Iriz EV di Pickles Asia Auctions!

oleh Mohamad Hanif|
Proton sebenarnya bukanlah satu syarikat permotoran yang masih mentah, memandangkan sebelum ini syarikat nasional itu telah pun hadir dengan beberapa unit prototaip kenderaan elektrik, versi penambah jarak (range extender) dan model konsep EMAS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, penemuan mengejutkan oleh rakan media Wapcar mendapati sebahagian besar daripada model-model ini sebenarnya telah disenaraikan sebagai kenderaan untuk dilelong.

Lebih mengejutkan adalah model konsep Proton EMAS yang diperlihatkan pada tahun 2010 di Geneva Motor Show dan mendapat sentuhan daripada ItalDesign!

 


Ketika pengenalannya di peringkat global, model EMAS ini dilihat membawakan satu standard yang tinggi untuk Proton, dengan pelbagai jenis trenkuasa termasuklah enjin hibrid, serta dijangka memasuki pasaran pada tahun 2012.

Sebaliknya, kita dapat Proton Iriz....

 


Sebut pasal Iriz, model hatchback suatu ketika dahulu pernah dilengkapkan dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya dan mampu mencapai jarak operasi sejauh 300 km dalam sekali caj sahaja.

Iriz EV diperlihatkan bersempena dengan ulang tahun yang ke-25, membawakan satu sinar baharu buat Proton, namun pasaran Malaysia hanya mendapat Saga hitam kuning pula pada ulang tahun yang ke-35.

 


Selain daripada itu, Iriz juga hadir dengan enjin 1.3 liter turbo, gandingan transmisi manual enam nisbah kelajuan dan angka output 142 PS dan 190 Nm daya kilas.

Malangnya, kesemua model yang disenaraikan itu kini dijual sebagai sekerap dan tidak layak untuk berada di atas jalan raya, dan menurut Wapcar, sebahagian kenderaan yang dipamerkan sebenarnya telah pun dijual.

Apa sudah jadi dengan Proton?

 


Minggu lalu, beberapa model jentera bersejarah termasuklah jentera rali Proton turut disenaraikan untuk dilelong oleh pihak Pickles Auction seperti Mitsubishi Lancer PERT Rally Car, Proton Waja Turbo 4WD, Proton Wira 4WD Turbo PERT, serta model-model yang dijana oleh enjin Petronas E01 (Satria GTI, Putra, Perdana).

Namun, kemaskini yang dibuat di laman Facebook Pickes Asia Auctions menyenaraikan beberapa buah jentera tersebut telah ditarik balik seperti 3 unit Lotus, tiga unit Proton dengan enjin Petronas E01, serta jentera rali PERT dengan nombor pendaftaran PROTON 1880.

 

 


Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ya, kini orang ramai berpeluang untuk membeli Ford Mustang 2002 yang merupakan salah satu…
Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…
Berita Domestik
  “Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. “Bagaimanapun…