Kelibat Optimus Prime G1 dikesan dalam penggambaran filem Transformers 2022

oleh Mohamad Hanif|
Ketika filem pertama aksi sebenar Transformers menerjah pawagam di seluruh dunia, tidak kurang yang memuji sinematografi yang penuh dengan babak letupan dan awek yang seksi, namun tidak kurang juga yang mengkritik keras filem yang diarahkan oleh Michael Bay itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Manakan tidak, meskipun dengan paparan grafik yang hebat namun hero-hero Autobots dan watak jahat Decepticons tidak menyerupai apa yang dibayangkan.

Namun sejak Michael Bay tidak lagi mengarahkan francais tersebut bermula dari Bumblebee, kita sudah boleh melihat keaslian watak-watak yang ditunjukkan dalam filem prekuel Transformers itu.
 

Optimus Prime


Tambah mengujakan apabila dalam babak akhir filem tersebut, terdapat trak yang disyaki sebagai Optimus Prime digambarkan hampir serupa dengan gambaran wataknya dari Transformers G1.

Kini, sebuah lagi filem sambungan Transformers yang akan ditayangkan pada tahun 2022 sedang hangat diperkatakan dan seorang pengguna Tik Tok telah berjaya mengesan kelibat trak merah Optimus Prime di Brooklyn, berkemungkinan besar sedang menjalani penggambaran.

 

@arun09345

New Movie Transformers: Rise of the Beasts coming in 2022! 🔥🤖#Transformers #Filming #OptimusPrime #Heroes #Movies

♬ Arrival to Earth - Steve Jablonsky


Berdasarkan rujukan ringkas di Internet Movie Database mendapati filem terbaharu ini digelar sebagai Transformers: Rise of the Beasts yang menambah elemen daripada siri Beast Wars: Tranformers di mana barisan pelakon robot yang biasa bertukar menjadi kenderaan itu bertukar menjadi watak binatang.

Optimus Prime yang asal digambarkan berdasarkan model sebenar trak cab-over Freightliner FLT yang kemudian menjadi buruan para peminat dan penggemar siri Transformers, tidak kira dalam bentuk robot boleh bertukar atau sekadar diecast/model berskala.

 

sumber: Shouts

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Lego buat kali pertamanya bekerjasama dengan Hasbro kini menawarkan figura Lego Optimus Prime yang…
Berita Global
Bukan sahaja ia akan menampilkan Optimus Prime dengan rekaan daripada siri G1, akan tetapi ia juga…
Berita Global
Dengan beberapa arahan mudah seperti "move forward", "roll out", "move left/right", "volume up/down…