Menurut laporan rakan media Paultan, ini adalah berdasarkan kelibat sebuah unit Nissan Ariya EV yang dibawa di atas lori pengangkut berdekatan dengan kawasan Segambut, dengan menampilkan warna Akatsuki Copper, serta rekaan rim yang unik.
Sebelum ini, pihak Edaran Tan Chong Motor telah memberikan bayangan kehadiran model EV tersebut di dalam satu iklan Tahun Baru Cina yang diterbitkan oleh syarikat tersebut, bersama-sama dengan sebuah lagi model SUV Nissan Kicks e-Power.
Terdapat kemungkinan besar pihak ETCM akan melancarkan kedua-dua buah model mesra alam itu serentak, memandangkan sudah terlalu lama pihak tersebut menguar-uarkan kehadiran SUV segmen B untuk pasaran tempatan.
Dari segi spesifikasi, Nissan Ariya EV boleh didapati dalam versi 2WD motor elektrik tunggal berkuasa 215 hp/300 Nm, serta pek bateri 91 kWh yang mampu membenarkan jarak operasi sejauh 610 km.
Terdapat juga versi tertinggi pacuan semua roda yang didatangkan dengan motor elektrik berkembar (389 hp/600 Nm), serta jarak pemanduan mencecah 580 km untuk sekali cas penuh.
Sebagai panduan, Nissan telah melancarkan EV Ariya di pasaran Jepun dengan harga jualan bermula dari 6,600,000 yen (RM219k) dan versi yang paling tinggi bermula dari 7,900,200 yen (RM262k).
Dengan populariti EV yang kian meningkat di pasaran Malaysia, adalah Nissan Ariya mampu menjadi alternatif terbaik?
Baca: Nissan Ariya EV
Sumber: Paultan