Kelibat Nissan 400Z diperlihatkan buat kali pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman yang agak mengejutkan dunia, Nissan telah menerbitkan sebuah video ringkas yang memaparkan beberapa buah model yang bakal diperkenalkan oleh pengeluar tersebut dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada 12 buah model yang dipamerkan menerusi video Nissan Next: From A to Z, sudah pasti ramai yang ternanti-nanti status semasa pembangunan model sports pacuan roda belakang, Nissan Z, di mana kelibat model tersebut diperlihatkan buat kali pertama.

 

Benarlah seperti tekaan dan juga imej rendering yang pernah kami paparkan sebelum ini, bentuk dan rekaan Nissan Z banyak mengambil inspirasi daripada model-model Z yang terdahulu.

Dinamakan sebagai Nissan 400Z, model pengganti tersebut turut menampilkan logo klasik Z, reka bentuk fastback ikonik yang merupakan penghormatan kepada model Z, serta rekaan lampu utama berbentuk bulat yang membawakan persamaan dengan Nissan 240Z.

Bermula dari A, Nissan bakal memperkenalkan model-model lain dalam masa terdekat seperti:

  • Ariya
  • Armada
  • Frontier
  • Kicks
  • crossover M yang tidak diketahui namanya
  • Navara
  • Note
  • Pathfinder
  • Qashqai (X-Trail)
  • Rogue
  • Terra
  • Z

Baca: Nissan 400Z - Empat Perkara yang Perlu Anda Tahu

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…