Kelibat model ujian Mazda3 dikesan di Thailand - pelancaran tidak lama lagi?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Awal tahun lalu, kami ada melaporkan penampilan secara rasmi sedan segmen C baharu daripada Mazda, iaitu Mazda3 pada acara Singapore Motorshow 2019.

Ketika majlis tersebut berlangsung, tiada sebarang petanda ia akan dilancarkan di mana-mana negara Asia Tenggara dalam masa terdekat. 

Persoalan tersebut akhirnya terjawab juga apabila kelibat model ujian Mazda3 sedan dan hatchback dilihat sedang diuji - bukan di Singapura, tetapi di Thailand terlebih dahulu. 

 


Ini memberikan petanda bahawa negara Gajah Putih tersebut sedang mempersiapkan diri bagi menyambut kehadiran model baharu tersebut tidak lama lagi.

Mazda3 dibangunkan menggunakan platform baharu SkyActiv Vehicle Architecture dan Mazda menjanjikan penampilan enjin SkyActiv-X yang lebih efisien dan jmat bahan api. 

Namun begitu, enjin 2.0 liter Skyactiv-X dijangka tidak akan membuat kemunculan awal, ini kerana ia lebih disasarkan kepada pasaran yang mempunyai peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat, seperti di Eropah dan USA. 
 


Mengikut kepada spesifikasi Mazda3 generasi terdahulu yang dijual di Thailand, kami jangkakan model baharu ini akan mengekalkan khidmat enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang menghasilkan 165 PS dan 210 Nm bersama-sama transmisi automatik SkyActiv-Drive.

Setakat ini kami masih tiada sebarang maklumat berhubung kehadiran model terbaharu Mazda untuk pasaran Malaysia. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…