Kelibat model ujian Lotus Esprit 2021 dikesan disebalik kulit Evora

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif British, Lotus dikesan sudah mula menguji prestasi model pengganti Esprit yang berselindung di sebalik kulit luar Evora bagi menyembunyikan reka bentuk sebenarnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang memiliki mata tajam, kelibat model Evora ini dilihat lebih lebar berbanding model standard Evora. 
 


Ini memberikan gambaran bahawa Lotus sudah pun mula menguji platform aluminium yang telah dikemaskini untuk digunakan pada Lotus Esprit 2021.

Dan secara tidak langsung, Lotus Esprit bakal menjadi model terakhir Lotus yang menggunakan platform aluminium sebelum beralih arah kepada rekaan pelantar serba baharu. 
 


Lotus Esprit bakal diposisikan di atas model Evora dengan konfigurasi dua tempat duduk serta nadi V6 yang diperoleh daripada Toyota dengan sistem hibrid dari Volvo. 

Ia juga bakal menjadi model utama Lotus yang akan dijual bukan sahaja di Eropah, malah di Amerika Utara dan China. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bermula dari tahun 1996 hingga 2000, Elise dan Exige generasi pertama dipasang di sebuah dewan…
Berita Global
Salah satu contoh kenderaan tersebut adalah Lotus Evora 2014 di mana ia mengambil masa kira-kira…
Berita Global
Serentak dengan itu, syarikat yang pernah dimiliki oleh Proton itu turut mengumumkan bakal…