Kelibat Jimny dikesan di Pelabuhan Klang, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua minggu yang lalu, Suzuki Cars Malaysia telah mendedahkan teaser model SUV ikonik Suzuki Jimny yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita kehadiran SUV yang dinanti-nantikan itu diperkuatkan lagi dengan kelibat SUV cilik yang berjaya dikesan oleh pengikut Instagram Careta yang mahu dikenali dengan nama elisebelle_.
 

Jimny


Menurut sumber kami, lori treler tersebut dikesan berada di Pelabuhan Klang dan berdasarkan gambar yang dibekalkan, Suzuki Jimny yang dipercayai unit CBU Jepun itu menampilkan tiga warna yang berbeza, iaitu Kinetic Yellow, Bluish Black Pearl 3 dan Medium Gray.

Di negara-negara yang sudah pun menerima unit Jimny seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, Suzuki Jimny ditawarkan dengan enjin K15B 1.5 liter NA yang mampu menjana 102 PS dan 130 Nm, dipadankan dengan transmisi manual atau automatik, serta sistem pacuan empat roda AllGrip Pro.
 

JK


Kelibat Jimny sudah pun dikesan, jadi teka-teki seterusnya - berapa pula harga jualan rasmi Suzuki Jimny di pasaran Malaysia nanti?

Nantikan berita lanjut dari kami di Careta.my.