Kelibat Honda City 2020 dikesan sedang diuji

oleh Mohamad Hanif|
Akhirnya, model yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dikesan sedang diuji di Lebuhraya Persekutuan, terima kasih kepada Ajerul atas gambar intipan yang diperoleh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini bermakna, Honda City 2020 akan membuat kemunculan rasmi selewat-lewatnya hujung tahun ini. 

Honda City 2020 dilancarkan secara rasmi di Thailand kira-kira sebulan selepas kembarnya Jazz 2020 dilancarkan. 

Di Thailand, Honda City 2020 dilengkapkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo menghasilkan 122 PS dan 173 Nm daya kilas dipadankan dengan transmisi CVT.

Dari segi luaran, Honda City membawakan rekaan yang seimbang untuk sebuah sedan segmen B diinspirasikan daripada Honda Insight, seperti lampu utama yang slim, lampu nyalaan siang LED, rekaan gril Solid Wing, serta lampu belakang ala-ala BMW 3-Series.

 


Honda City 2020 memiliki dimensi 4,553 mm x 1,748 mm x 1,467 mm di mana ia lebih panjang dan lebar, akan tetapi lebih rendah manakala jarak antara roda pula 11 mm lebih pendek berbanding generasi terdahulu. 

Namun aspek pengendalian masih membawakan ciri yang sama seperti suspensi McPherson di hadapan serta Torsion Beam di bahagian belakang. 

Untuk pasaran Malaysia, tidak dapat dipastikan sama ada Honda Malaysia bakal mengekalkan penggunaan nadi 1.5 liter, atau membawa masuk enjin turbo 1.0 liter itu. 

Sebagai perbandingan, harga jualan Honda City 2020 di Thailand bermula dari 579,000 Baht (RM79,953) untuk varian asas sehinggalah 739,000 Baht (RM102,048) untuk varian 1.0 Turbo RS. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
  Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu. Mengikut…
Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…