Kelibat Ford Ranger generasi baharu ditemui - bawakan elemen F-150!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Ranger T6 telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2011 lagi, dan sudah sampai masanya untuk generasi trak pikap tersebut digantikan dengan model yang lebih baharu dan moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman web Motor1 baru-baru ini telah menemukan kelibat model ujian yang dipercayai merupakan generasi baharu trak pikap Ranger yang sarat dengan pelekat samaran sedang diuji atas jalan raya.

Disebalik pelekat camouflage itu, kita sendiri sudah boleh mengagak bagaimana rupa sebenar Ranger generasi baharu di mana bahagian hadapan menampilkan rupa paras yang hampir menyamai Ford F-150 2021.

 


Ini boleh dilihat menerusi rekaan unit lampu utama dengan lampu nyalaan siang DRL daripada LED, sementara bahagian bawah pula menempatkan unit lampu kabus.

Secara tidak langsung, ia mengingatkan kita kepada gambar yang tertiris memaparkan reka bentuk sebenar trak pikap tersebut seperti yang pernah kami paparkan dua tahun yang lalu.

Perubahan turut dijangkakan di bawa pada reka bentuk lampu belakang yang menampilkan grafik LED serba baharu.

 


Sebelum ini, Ford dilaporkan membangunkan trak pikap Ranger untuk menjadi sebuah produk yang boleh digunakan di peringkat global, dan salah satu daripadanya bakal dijelmakan sebagai VW Amarok.

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Ranger baharu ini akan mendapat unit trenkuasa plug-in hybrid dengan enjin 2.3 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi 10 nisbah kelajuan automatik.

Tiada sebarang garis masa ditetapkan untuk pelancaran, namun dijangkakan Ranger generasi baharu akan diperlihatkan secara rasmi menjelang tahun hadapan.

 

 

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…