Kelibat CLA 45 'terbocor' di laman web Mercedes-AMG

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mercedes-AMG nampaknya tidak sabar untuk memperkenalkan sebuah lagi pendatang baharu di bawah lencana jahat 45 apabila secara tidak sengaja memperlihatkan sebuah kereta empat pintu CLA 45.

Hal ini disedari oleh Auto Bild dan Motor1 apabila jentera tersebut dipaparkan di dalam laman web Mercedes-AMG berhubung pelancaran CLA 45 tidak lama selepas pengenalan CLA 35 bulan lalu. 

Apa yang membezakan antara CLA 35 dan CLA 45 yang bakal hadir ini ialah penampilan empat tip ekzos pada CLA 45 manakala CLA 35 hanya mempunyai tip ekzos berkembar. 

Rekaan rim juga didapati sedikit berbeza dan diikuti dengan penggunaan angkup brek berwarna merah dan rotor bersaiz lebih besar bagi memberikan kuasa penghentian yang lebih baik. 
 

Mercedes-AMG CLA 35 yang diperkenalkan bulan lalu


Pakej aero yang ditawarkan pada CLA 35 juga bakal dipadankan pada model CLA 45, selain daripada gril wajib Panamericana dan rekaan bumper yang lebih agresif. 

Baca: Mercedes-AMG CLA 35

Jika CLA 35 hadir dengan jantung utama empat silinder sebaris 2.0 liter twin-scroll turbo yang mampu menghamburkan kuasa 302 ekor kuda dan daya kilas 400 Nm, CLA 45 pula bakal menghamburkan kuasa 385 ekor kuda.

Model yang lebih jantan, CLA 45 S pula dijangkakan mempunyai kuasa paling kurang 415 hp daripada enjin 2.0 liter twin-scroll turbo.

Pacuan semua roda adalah standard untuk jentera Mercedes-AMG ini, namun CLA 45 S dikatakan bakal menerima mod Drift yang sama didapati pada E 63.

Sebelum ini Mercedes-AMG telah mengesahkan bahawa ciri pacuan semua roda akan menjadi suatu yang standard untuk kesemua jentera Mercedes-AMG. 

Ini bermakna, tiada lagi model yang bakal mempunyai pacuan roda hadapan sahaja atau pacuan roda belakang sahaja, memandangkan permintaan pelanggan Mercedes-AMG yang mahukan lebih keselamatan dan pengendalian. 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…