Kelas pemanduan percuma untuk pemilik Mustang Shelby GT500 - Ford belanja!

oleh Mohamad Hanif|
Kata-kata "With great power comes great responsibility" sebenarnya tidak tertakluk kepada bidang pentadbiran semata-mata, ia sebenarnya turut boleh diaplikasikan ke dalam dunia automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti contoh, kita telah pun melihat banyak contoh tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kereta sports/supercar yang terbabas akibat kekurangan skil untuk mengawal kuasa standard kilang tersebut. 

Apatah lagi jika anda memiliki jentera buas seperti Ford Mustang Shelby GT500 yang memiliki 760 kuasa kuda dan 847 Nm yang dihamburkan daripada enjin V8 ber-pengecas lampau itu. 

Takkan nak bersilat dengan stereng sekiranya anda tidak mampu mengawal pecutan sepantas 3.5 saat dari 0-100 km/j kan?

 


Atas sebab itu, Ford selaku pengeluar yang bertanggungjawab menawarkan kelas pemanduan wajib kepada para pemilik Shelby GT500 bertempat di Charlotte Motor Speedway, Concord, North Carolina. 

Dikendalikan oleh Ford Performance Racing School, kelas GT500 Track Attack ini bertujuan untuk mendidik dan mengajar teknik pemanduan yang lebih tinggi menerusi pemanduan litar dan drag strip. 

Ini termasuklah kelas mengambil selekoh, teknik membrek, launch control serta dinamik yang ditawarkan oleh jentera Shelby GT500 untuk dibiasakan oleh para pemandu. 

Menariknya, kelas pemanduan ini ditanggung sepenuhnya oleh Ford (termasuklah kereta ujian) dengan satu syarat - anda hanya perlu membayar yuran hotel, kos perjalanan, dan kos kelas opsyen hari kedua sekiranya berminat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
JDRF atau lebih dikenali dengan nama Juvenile Diabetes Research Foundation merupakan organisasi…