Kelas Advance Driving buat pemilik CX-5 di MAEPS, 13-14 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Dalam memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menarik kepada para pemilik kenderaan Mazda, organisasi MazdaSports Academy dengan bangganya mengumumkan pembukaan pendaftaran bagi kelas kedua “Advance Driving” khusus buat para pemilik Mazda CX-5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelas intensif tersebut bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada tarikh 13 dan 14 Oktober 2018.

Mazda CX-5 dibangunkan sebagai sebuah SUV yang mampu memberikan pengalaman pemanduan yang menyenangkan kepada semua penumpang dan tidak terhad kepada pemandu sahaja.


Dengan penganjuran kelas intensif ini, MazdaSports Academy berharap agar dapat memberikan pengalaman pemanduan Mazda yang unik di mana para peserta dapat merasai sendiri pengalaman di sebalik falsafah Jinba-Ittai Mazda, serta meneroka potensi di sebalik skill pemanduan yang mereka ada.

Program kelas pemanduan ini dihadkan kepada 30 orang pemilik pertama Mazda CX-5 sahaja untuk sehari dan para peserta boleh mendaftarkan minat mereka menerusi laman rasmi Facebook Mazda Malaysia di https://www.facebook.com/mazdamy/