Kelantan perketat undang-undang menjaja di persimpangan lampu isyarat, denda maksimum RM2,000

oleh SALINA JALIL|
Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di Kelantan, diminta menghentikan kegiatan tersebut kerana perbuatan itu salah dari segi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan saman.


Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 10A LN 166/59, yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.

Modenas

 

 

"Tindakan penjaja seperti itu sebenarnya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya, selain terhadap diri mereka sendiri.



"Mereka yang menjaja dan juga pembeli, menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang, mengikut peruntukan sedia ada termasuk disaman," katanya kepada Bernama selepas Latihan Gemparan Am Kebakaran Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

 

Abdullah berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara berkala, tetapi berterusan supaya penjaja akan mematuhi arahan diberikan dan undang-undang.


Difahamkan, pada Julai tahun lalu enam penjaja berusia antara 19 dan 20 tahun ditahan di Jalan Kuala Krai dan Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, dan telah dikenakan saman.



Tindakan tegas pihak polis itu kemudiannya dilihat berjaya menghentikan buat sementara perbuatan menjaja seperti itu, namun kini muncul kembali dan dilihat semakin berleluasa dengan pelbagai jenis jualan makanan ringan seperti burger, bebola daging, jeruk buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.



Sementara itu, Abdullah berkata, Latihan Gemparan Am Kebakaran yang dilaksanakan di IPK Kelantan hari ini, adalah bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran lebih 400 anggota di situ mengenai kebakaran.



Jelasnya dalam latihan ini sekiranya berlaku kebakaran semua anggota dan staf perlu menggunakan tangga dan jangan menggunakan lif untuk keluar daripada bangunan. 

 

 

- BERNAMA-

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Syukur di atas pemberian ini dan saya tidak pernah terfikir akan memiliki sebuah kereta dalam…
Berita Domestik
  Katanya, berdasarkan pemeriksaan, kereta klon menjadi pilihan golongan berusia 35 hingga 45…
Berita Domestik
Atas dasar itu. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin menasihatkan mereka yang datang…