Kelantan - peningkatan kenderaan masuk naik 15 peratus

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis mengetatkan kawalan terhadap kenderaan yang masuk ke Kelantan melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis sejak pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya mengesan berlaku peningkatan kenderaan sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula pagi ini di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Putih di sini.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Katanya, keadaan itu berlaku selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini.

 

“Anggota di SJR diarahkan untuk mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan luar yang ingin masuk ke Kelantan melalui Gua Musang.

 

“Kita akan pastikan setiap mereka yang ingin merentas negeri mempunyai permit perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Terdahulu, aliran trafik sesak teruk di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi hari ini menjelang dua hari pelaksanaan ‘total lockdown’.

 

Trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke Pantai Timur dan Selatan tanah air yang dirakam sekitar pukul 10 pagi tadi.

 

 

 

-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Selain itu tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta lain-lain kesalahan teknikal," katanya kepada…
Berita Domestik
Katanya, kemajuan projek di Terengganu mencapai 90 peratus, Kelantan 88.68 peratus, manakala Pahang…
Informasi
Katanya, pada peringkat awal, bas tersebut beroperasi di empat laluan bermula dari pusat bandar…