Kelab Triton Tuners Malaysia mohon sumbangan bantu petugas baris hadapan COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha meneruskan kesinambungan program bantuan kemanusian yang telah dianjurkan sebelum ini, pihak Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) dengan ini menubuhkan TABUNG EHSAN COVID-19 bagi mengumpul dana membantu golongan yang memerlukan.

Program bantuan ini turut menerima kerjasama daripada pihak IMARET (Islamic Medical Association of Malaysia) sebagai salah sebuah Badan Bukan Kerajaan bagi membantu mendepani bencana COVID-19.

Buat masa ini, IMARET turut merangka bentuk-bentuk bantuan yang bersesuaian dan penting memandangkan bencana pandemik ini merupakan bencana wabak kesihatan.

Sumbangan berbentuk kewangan boleh dibuat menerusi butiran di bawah:

KELAB TRITON TUNERS MALAYSIA
5124 7312 6310 (MAYBANK)

Segala maklumat berkenaan sumbangan boleh disalurkan terus kepada individu di bawah:

Presiden Kelab: Mohamad Adli Ibrahim (019-221 0300)
AJK Kebajikan dan CSR: Azman Hassan (013-228 2904)

Tabung EHSAN COVID-19 TTCM ini akan dibuka sehingga 4 April 2020 bagi membolehkan segala urusan bersama pihak IMARET dapat digerakkan secepat mungkin.

 

Add new comment