Kelab Motorsport Juwita - mahu kumpulkan semua pelumba wanita di bawah satu bumbung

oleh HEZERI SAMSURI|
Bagi wanita yang menggemari sukan bermotor dan mahu serius aktif di dalam aktiviti itu, Kelab Motorsport Juwita adalah pilihan utama anda untuk menimba ilmu dan juga didikan.

Ditubuhkan dalam tahun 2015, kelab itu dikenali awalnya sebagai Malaysian Women Motorsport (MWM). 

Ia adalah idea dari dua orang pelumba wanita popular, Faye Kusairi dan Sharina Ramlle.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Niat mereka ialah untuk mengumpulkan pelumba-pelumba wanita dalam sukan bermotor dari pelbagai genre termasuk grassroot, rally, drift dan litar.

Ia kemudian ditukar kepada nama rasminya sekarang, Kelab Sukan Bermotor Juwita (Juwita Motorsport Club) dan telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada 26 Mac 2019.

Menurut Setiausaha Kelab, Sharina Ramlle, nama Juwita dipilih kerana secara umum, orang tahu Juwita ialah seorang wanita.

"Juwita juga ialah nama yang mudah untuk diingati," terang beliau.

 

 

Dengan keahlian terkini seramai 30 orang, Juwita mahu terus aktif dan menjemput wanita-wanita yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan sukan bermotor untuk menjadi ahli.

Matlamat dan visi Juwita merangkumi tiga agenda utama:

  1. Melahirkan ahli-ahli yang juga terdiri dari kalangan pelumba yang beretika melalui aktiviti serta seminar yang dianjurkan khusus untuk golongan wanita.
  2. Membantu mengurangkan kadar kemalangan serta kegiatan lumba haram di Malaysia melalui aktiviti kesedaran keselamatan jalanraya.
  3. Membantu memberi suntikan kesedaran keselamatan jalanraya kepada ahli-ahli melalui aktiviti dan seminar anjuran Juwita.

Selain dari merancang dan menjalankan aktiviti berkaitan sukan bermotor di kalangan ahli, Juwita juga berhasrat untuk mempromosi, menggalakkan dan membangunkan sukan bermotor di peringkat kelab khusus untuk golongan wanita.

 

 

Juwita turut mahu melahirkan pemandu wanita yang beretika dan berilmu agar mampu mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan bermotor seperti gymkhana, drift, time attack, lumba litar, rally, autocross dan lain-lain.

Untuk menjadi ahli, mereka perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 (sekali seumur hidup) dan yuran keahlian RM50 (diperbaharui setiap tahun).

Setiap ahli baharu akan menerima:

  • T-shirt rasmi kelab
  • Kad keahlian
  • Nombor keahlian
  • Pelekat kelab
  • Potongan harga istimewa dari kedai peralatan sukan bermotor terpilih
  • Peluang mengikuti aktiviti anjuran Juwita

Di bawah ialah senarai jawatan dan juga individu terbabit:

Penasihat:                 Gina Finanza
Presiden:                   Azrina Jane
Timbalan Presiden:   Faye Kusairi
Setiausaha:               Sharina Ramlle
Bendahari:                 Hanizah
Ahli jawatankuasa:    Ng Aik Sha, Dinie dan Azira Azhar

 

 

Awal bulan lalu Kelab Motorsport Juwita telah mengadakan satu seminar untuk ahli-ahli dan juga peminat-peminat motorsport dari kalangan wanita.

Seminar Pengenalan Kepada Sukan Bermotor itu menyediakan sesi soal jawab dengan mereka yang terbabit di dalam sukan tersebut.

Careta yang dijemput untuk hadir turut sama mempelajari pelbagai informasi terkini dan juga mendengar pengalaman dari mereka yang sudah pun menempa nama di dalam sukan tersebut.

 

 

Antara mereka ialah Faye Kusairi, Azrina Jane, Gina Finanza dan Sharina Ramlle.
 
Untuk mereka yang berminat, hubungi Juwita di Facebook Page Juwita Motorsport Club atau laman Instagram mereka.

Anda juga boleh menghantar email kepada mereka di alamat di bawah:

[email protected]

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Domestik
Namun, tindakan sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab ketika berada di lokasi tersebut…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…