Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli kelab dan dari syarikat-syarikat motosikal sendiri.
"Kami memang sering ke dewan pameran BMW, tapi kali ini kami mahu juga lihat apa yang ada di dalam pasaran," ujarnya.
Safuan Ahmad, seorang lagi komiti GSOM menambah bahawa lawatan-lawatan yang dianjurkan oleh GSOM bukan bermakna mahukan ahli untuk "berhijrah" ke jenama lain.
"Kebanyakan dari ahli mempunyai lebih dari sebuah motosikal. Dengan cara GSOM ini, ia memudahkan ahli-ahli untuk mempelajari berkaitan produk lain kerana sesi yang diadakan adalah khusus untuk GSOM. Sesi tunggang uji juga membantu kami memahami lebih akan produk-produk tersebut," ujarnya.
GSOM akan mengadakan perkumpulan tahunannya pada Disember kelak di Lenggong, Perak. "Kami sasarkan dalam 120 peserta untuk acara ini kerana ia adalah jumlah yang terbaik untuk memastikan SOP Covid-19 masih boleh dipatuhi dengan baik," kata Shaharuddin Saad atau Ustad Din, juga salah seorang dari komiti GSOM.
"Selain dari acara melawat bilik pameran motosikal, GSOM menganjurkan acara biasa seperti menunggang motosikal ke destinasi-destinasi tempatan dan juga berkhemah. Acara-acara GSOM diselang-selikan dengan sedikit majlis ilmu untuk memastikan keseimbangan dalam segi rohani dan jasmani," sambung beliau.
GSOM mempunyai lebih dari 13,000 ahli di Facebook dan mempunyai lebih dari 1,000 ahli aktif yang berkumpul secara maya di dalam kumpulan-kumpulan Whatsapp. Ia juga menjadi pusat perbincangan dan perkongsian masalah teknikal atau tawaran aksesori/alatganti terbaik untuk pemilik motosikal GS.
GSOM terbuka untuk semua jenis BMW GS, dari G310 GS kepada R80 GS dan model-model terkini. Untuk yang berminat menyertai GSOM, boleh menghantar pesanan Whatsapp ke +60 11-5555 5046. Laman facebook GSOM pula ialah di BMW GS Owners Malaysia.