Kekurangan sumber semikonduktor global, Honda dan Nissan terpaksa had produksi di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Ekonomi dunia sedang perlahan-lahan bangkit semula daripada penangan wabak COVID-19, dan peningkatan permintaan pelanggan dari seluruh dunia telah menyebabkan beberapa sektor pembuatan mengalami kekurangan sumber bahan mentah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Nikkei Asia, Nissan akan memperlahankan produksi model Note pada bulan ini disebabkan kekurangan bekalan semikonduktor yang dialami di seluruh dunia.

Kekurangan bekalan ini adalah disebabkan peningkatan permintaan pelanggan yang kembali bangkit dari pandemik coronavirus, menyebabkan kelewatan produksi yang bukan sahaja dialami oleh pengeluar automotif, malah pengeluar alatan elektronik.

Tambah laporan Nikkei lagi, produksi Nissan Note terpaksa dikurangkan kepada 5,000 unit daripada perancangan asal yang mahu menghasilkan kira-kira 15,000 unit.

Selain Nissan, Honda sebelum ini turut mengumumkan produksi model Fit di Suzuka akan dihadkan kepada 4,000 unit sahaja pada bulan ini disebabkan masalah kekurangan cip.

Hal ini bukan sahaja berlaku di Jepun, malah Volkswagen pada bulan lalu akan turut mengehadkan output produksi di kilang China, Amerika Utara dan Eropah disebabkan masalah yang serupa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kekurangan cip pada peringkat global telah mengakibatkan kelewatan terhadap penghasilan dan…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Berita Global
Namun begitu, pandemik Covid-19 telah mengubah segalanya dan masalah bekalan cip menyebabkan proses…