Kekurangan bekalan cip global, Mazda terpaksa kurangkan jumlah produksi kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor di peringkat global turut memberikan kesan kepada pengeluar kecil, seperti Mazda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, Mazda sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga 34,000 unit bagi model seperti CX-5, CX-30 dan sedan Mazda3 disebabkan kekurangan bekalan cip yang dikhususkan untuk sistem brek dan kelengkapan keselamatan.

Malah, sumber yang sama turut mendakwa Mazda akan mengurangkan output domestik CX-5 sebanyak 3,900 unit pada bulan ini, dan 6,000 unit pada bulan Mac, selain mengurangkan produksi di Jepun, China, dan Mexico untuk model Mazda3 dan CX-30.

Masalah kekurangan bekalan semikonduktor ini telah memberikan impak yang besar kepada kebanyakan syarikat automotif.

Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan bekalan tersebut adalah disebabkan peningkatan permintaan terhadap konsol permainan seperti PlayStation 5, Xbox Series X dan komputer peribadi disebabkan ramai yang sudah pun mula bekerja dari rumah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bosch dikatakan berhasrat untuk melabur kira-kira 350 juta EUR (RM1.62 bilion) bagi tapak…
Berita Global
Ini memaksa syarikat gergasi automotif Toyota melaksanakan langkah untuk mengehadkan jumlah…
Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…