Kekerapan tren KTM dari Woodlands dan JB dinaikkan dari 31 ke 36 kali sehari

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) yang beroperasi antara Woodlands dan Johor Bahru akan ditingkatkan kekerapannya daripada 31 kepada 36 perjalanan tren sehari.

Pengumuman itu dibuat pada mesyuarat ke-16 Jawatankuasa Menteri Bersama Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) pada 14 Julai lalu.

Agenda utama yang dibincangkan adalah memperkukuhkan infrastruktur dan ketersambungan rentas sempadan antara Singapura dan Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut kenyataan akhbar bersama kedua-dua pihak.

Kedua-dua negara akan mengumumkan butiran lanjut sebelum jadual baharu dimulakan.

Perkhidmatan kereta api popular, juga dikenali sebagai KTM Tebrau Shuttle, mengambil masa lima minit dari hujung ke hujung.

Tiket berharga RM5 (S$1.50) dari Johor Bahru ke Singapura dan S$5 dari Woodlands ke Johor Bahru.

Dalam masa yang sama, jawatankuasa turut membincangkan perkhidmatan feri tambahan antara Johor dan Singapura, khususnya di antara Puteri Harbour dan Tuas sedang dipertimbangkan.

Untuk makluman terdapat dua perkhidmatan feri baharu telah dilancarkan pada tahun lalu; iaitu dari Singapura dan Desaru yang dirasmikan pada Julai 2022 dan dari Singapura keTanjung Pengelih pada Disember 2022.

Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa kedua-dua perkhidmatan feri telah mendapat perhatian yang baik oleh pelancong.

Kedua-dua negara juga akan membincangkan perkhidmatan baharu tersebut dari segi potensi dan nilai komersial.

Dalam mesyuarat yang sama turut diumumkan bahawa Singapura dan Malaysia sedang berbincang untuk menubuhkan zon ekonomi khas Johor-Singapura.

Ia bertujuan mengukuhkan kesalinghubungan ekonomi, dan membina "pertumbuhan kukuh Johor dan pelaburan penting di rantau ini oleh Singapura", menurut kenyataan tersebut.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Tambak antara Singapura dan Johor Bahru dianggap sebagai salah satu pusat pemeriksaan darat yang…