'Kekalkan sekatan rentas negeri hingga Mei'

oleh SALINA JALIL|
Sekatan rentas negeri perlu terus berkuat kuasa sekiranya jangkitan COVID-19 ingin dikurangkan sehingga berada di bawah paras 500 kes.


Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, berkata kebenaran rentas negeri yang diberikan pada Disember tahun lalu dan penularan gelombang ketiga susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu dijadikan iktibar.


Sehubungan itu, katanya, sekatan rentas negeri bagi menghalang penularan kes dari Selangor dan Kuala Lumpur wajar terus dilaksanakan sehingga pandemik COVID-19 mula merekodkan penyusutan ketara serta stabil.


"Kalau nak kurang daripada 500 kes pun, saya percaya kita mampu capai tetapi ada syarat yang perlu dipenuhi iaitu kekalkan sekatan rentas negeri.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Keutamaan kita sekarang ialah untuk melindungi negeri hijau, justeru penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor perlu dihalang daripada melakukan perjalanan rentas negeri.

 

"Kes positif harian di Selangor dan Kuala Lumpur masih tinggi dan jika kita benarkan rentas negeri, ia bakal mengundang penularan jangkitan serta merencatkan usaha kawalan kesihatan awam.

 

"Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat pada 18 Mac ini wajar dilanjutkan manakala sekatan rentas negeri dikekalkan sehingga Mei," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, semalam menjangkakan penyusutan kadar jangkitan COVID-19 menjadi 500 kes menjelang Mei ini, sekiranya rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

 

Unjuran itu dibuat bersandarkan pola penurunan nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (RO), iaitu 0.87 kelmarin berbanding 0.9 pada 28 Februari lalu.

 

Dr Hanafiah berkata, pematuhan SOP dalam kalangan rakyat terus utuh berikutan pindaan kadar kompaun sehingga mencecah nilai maksimum RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.

 

Bersandarkan pelbagai dasar kesihatan awam, beliau menaruh keyakinan kesan rantaian daripada pematuhan SOP, sekatan rentas negeri dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mampu melandaikan lengkuk penularan jangkitan pandemik kesihatan ini.

 

"Kalau diteruskan momentum ini, penghujung Mei insya-Allah kita dapat turunkan kes jangkitan harian kepada dua angka dan beberapa kawasan dan negeri lagi bertukar menjadi zon hijau.

 

"Menerusi prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kadar jangkitan dua angka, penghujung Mei mungkin kita boleh tarik balik sekatan rentas negeri.

 

"Ia lebih selamat kerana dengan pengurangan kes sporadik dan Rt dalam kalangan masyarakat, risiko untuk seseorang mendapat jangkitan ialah sangat rendah.

 

"Berbekalkan keberkesanan vaksin dan pematuhan SOP, kita mampu putuskan rantaian jangkitan, tetapi ia memerlukan kerjasama serta pengorbanan yang bersifat sementara daripada pelbagai pihak," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…