Kekal sihat dan fit dengan trak Iveco Fit Cab

oleh Mohamad Hanif|
Rutin seharian seorang pemandu lori kargo/barangan bukanlah satu kerja yang boleh menjadikan anda seorang yang terkenal di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain menghabiskan masa mengemudi lori yang tidak terkira berat muatannya, dan perlu pula peka dengan tindak-tanduk pengguna jalan raya yang tidak prihatin, ia boleh jadi satu kerjaya yang memenatkan. 

Jadi, bila pula masanya mereka perlu work out untuk kekal fit sepanjang masa? 

 


Memperkenalkan, Iveco Fit Cab, di mana Iveco ingin membawakan kepada golongan pemandu ini konsep mini gym dan mereka boleh melakukan aktiviti fizikal tidak kira di mana jua berada. 

Bagi membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan, Iveco turut memasang beberapa poin cagak yang boleh disesuaikan dengan peralatan tipikal gym di luar dan juga di dalam kabin. 
 


Di luar, terdapat front step yang boleh dibuka untuk menjadi bangku untuk anda melakukan senaman manakala ruang dalaman pula dijadikan seakan mini gym di mana terdapat slider, besi pemberat dan juga resistance band disediakan. 

Iveco Fit Cab pada ketika ini hanyalah sebuah konsep, namun Iveco sudah pun mula mengumpulkan pendaftaran minat daripada mereka yang mahu mengubah lori kargo menjadi sebuah gym mini. 
 


Konsep Fit Cab ini akan turut dipamerkan pada European Truck Racing Championships 2019 pada 19 Julai ini di Nurburgring, Jerman. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…