Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bakal kembali beraksi Mac tahun depan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Selepas dua musim sepi disebabkan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kini Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bakal kembali menggegarkan arena permotoran bermula Mac tahun depan.


ARRC 2022 dijadual membuka tirainya dengan ujian rasmi selama dua hari dari 22 hingga 23 Mac di Litar Antarabangsa Chang, Thailand sebelum pusingan pertama berlangsung selang dua hari kemudian di litar sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kedua yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 29 Mei manakala pusingan seterusnya masih belum dapat ditentukan.

 

Litar Antarabangsa Sugo, Jepun pula dipilih sebagai lokasi pusingan keempat dari 12 hingga 14 Ogos manakala Litar Antarabangsa Zhuhai, China diberi tanggungjawab bagi pusingan kelima (9 hingga 11 September).

Pengarah Two Wheels Motor Racing (TWMR), Ron Hogg berkata, Litar Antarabangsa Chang bakal menjadi pusingan kemuncak musim dari 18 hingga 20 November.

 

"Selepas dua tahun tanpa aktif, tentunya kami tidak sabar untuk kembali mengumpulkan grid Asia semula. Dua tahun ini menjadi tempoh yang sangat mencabar bagi paddock ARRC.

 

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan kerana terus bersabar dan memahami.

 

"Kami jangka kembali ke The Bend Motorsport Park, Australia pada 2023 apabila perjalanan antarabangsa dapat dipermudahkan lagi.

 

"Apa yang penting, kami tidak sabar untuk penampilan pertama ARRC di Sugo. Sebelum ini kami pernah beraksi di Autopolis International Race Course dan Litar Suzuka, maka Sugo akan menjadi lokasi baharu buat paddock Asia," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Global
  "TWMR bekerja rapat dengan Litar Suzuka, Litar Antarabangsa Zhuhai dan FIM Asia untuk mencari…
Berita Domestik
Pelumba Jerman itu bakal digandingkan dengan pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman menggunakan…