Kejohanan golf MercedesTrophy 2022 kembali, tawar hadiah 'Hole-in-One' Mercedes E 200 Avantgarde Line

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan kemunculan semula kejohanan golf berprestij MercedesTrophy, di mana para pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman jenama Mercedes-Benz menerusi minat mereka di dalam sukan golf.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MercedesTrophy merupakan kejohanan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan eksklusif untuk para pelanggan Mercedes-Benz Malaysia sahaja, dan telah diperkenalkan sejak tahun 1991 lagi.

Sejak daripada itu, ia telah mencatatkan penyertaan lebih daripada 60,000 pemain golf dari 60 buah negara setiap tahun.

Sebanyak lima pusingan akan diadakan, di mana pusingan pertama MercedesTrophy akan mengambil tempat di Kota Permai Golf and Country Club, Selangor pada 15 Jun 2022, di mana pemenang bagi setiap pusingan akan bertembung untuk pusingan akhir di Saujana Golf & Country Club pada 21 Julai 2022.
 

Merc


Dua pemenang utama dengan skor tertinggi di National Final akan layak ke MercedesTrophy World Final bertempat di Stuttgart, Jerman yang merupakan tempat kelahiran jenama Mercedes-Benz.

Peserta pertama yang berjaya mencapai Hole-in-One pada mana-mana dua lubang par-3 yang ditetapkan pada setiap pusingan akan memenangi sebuah Mercedes-Benz E 200 Avantgarde Line bernilai RM330,240.

Selain itu, Mercedes-Benz turut menawarkan hadiah eksklusif daripada rakan pemasaran MercedesTrophy termasuklah Mercedes-Benz Services Malaysia, Crestlink, EPOS, The Edge, Taylormade, The Saujana Hotel, Carlsberg dan Precise Rehab.

Pendaftaran untuk MercedesTrophy kini dibuka menerusi laman web https://www.mercedestrophy.com.my/register berdasarkan penyertaan siapa cepat dia dapat.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian bebas tol 1-800-88-9880.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini menjadi satu detik yang bermakna dalam komitmen mereka untuk mendukung acara-acara bertaraf…
Berita Domestik
Kejohanan itu berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resort bermula 24 hingga 26 Mei, yang…