Kejohanan Golf Amal Mazda ke-8 sumbang RM509k kepada Mazda Medicare Fund (MMF)

oleh Penyumbang Rencana 2|
Kejohanan Golf Amal Mazda kali ke-8 yang dianjurkan oleh Bermaz Motor tahun ini telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM509,183.00 untuk disalurkan kepada Mazda Medicare Fund (MMF).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club Shah Alam, kejohanan tersebut mencatatkan sokongan yang menggalakkan daripada 144 orang peserta. 
 

MMF


Majlis penyerahan replika cek kepada MMF itu turut dihadiri oleh wakil pelbagai pertubuhan termasuklah Hospital Kanser Mount Miriam TKPKMM (Tabung Kebajikan Penyakit Kanser Gunung Mariam) di Pulau Pinang, Pusat Jagaan Titian OKU Nur dan Pertubuhan Kebajikan Perlindungan Jothi Viyasar Negeri Sembilan

Mazda Medicare Fund (MMF) ditubuhkan pada tahun 2015 bertujuan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia, termasuklah rumah kebajikan anak-anak yatim dan orang tua, OKU, serta kanak-kanak sindrom down. 
 

MMF


MMF turut berkolaborasi dengan B. Braun Avitum Renal Services untuk menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) yang mengalami masalah kewangan. 

Sehingga kini, terdapat 13 pusat dialisis B. Braun yang beroperasi di seluruh negara, dan untuk tempoh enam tahun MMF telah menyumbang sebanyak RM3.6 juta yang digunakan untuk membantu lebih 266 orang pesakit di seluruh Malaysia. 
 

MMF


MMF turut mendapat sokongan daripada Mazda menerusi pengenalan kad Mazda Privilege sejak tahun 2018, di mana yuran pendaftaran RM100 daripada para pemilik Mazda akan disalurkan terus kepada MMF. 

Selain menikmati pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), para pemegang kad MPC juga berpeluang mendapatkan diskaun 15 peratus ke atas alat ganti tulen Mazda terpilih dan barangan rasmi, serta diskaun 5 peratus ke atas kos buruh yang tertakluk kepada Pusat Servis Mazda yang dioperasikan oleh Bermaz Motor dan Prima Merdu. 
 

MMF


Bermaz ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sokongan yang tidak berbelah bagi daripada para pelanggan, rakan perniagaan, penderma serta penaja kepada inisiatif MMF dalam misi untuk membantu golongan yang memerlukan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran acara ini bertujuan untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan juga bantuan perubatan…