Kejar lori 25km, polis lepaskan tembakan ke tayar

oleh SALINA JALIL|
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah lori ketika mengejar lori itu sejauh 25 kilometer (km) dari Benut ke Simpang Renggam di Pontian, malam tadi.


Setibanya di Kampung Parit Ismail, Simpang Renggam pada jam 7.19 malam, pemandu lori berusia 22 tahun sekali lagi bertindak agresif bagi mengelak ditahan selepas didapati melakukan kesalahan trafik mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh, berkata lori berkenaan sebelum itu dikesan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang di bahu jalan Kampung Parit Ismail.

 

"Selepas ternampak anggota polis, suspek bertindak agresif dengan mengundurkan lori sebelum memecut ke jalan Simpang Renggam-Benut dengan membelok ke arah Simpang Renggam.

 

"Sepanjang dikejar, suspek memandu lori secara agresif dan hampir melanggar beberapa kenderaan awam yang berada di jalan sekitar Jalan Parit Makasar.

 

"Anggota peronda MPV melepaskan beberapa das tembakan ke tayar lori berkenaan dan tayar mula kempis namun cubaan memintas lori berkenaan tidak dapat dilakukan.

 

"Ini kerana lori itu dipandu secara zig-zag untuk menghalang MPV memotong," katanya dalam kenyataan. Mustafa berkata, lori berkenaan diekori polis sehingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Megah, Pontian sebelum ia tiba-tiba membuat pusingan U menghala semula ke Benut dan Simpang Renggam.

 

"Pemandu memberhentikan lori di sekitar jalan Parit Telibek kerana keempat-empat tayar lori itu pecah dan cuba melarikan diri. Berlaku pergelutan namun anggota MPV berjaya menangkap suspek," katanya.

 

Mustafa berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

 

"Siasatan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh, Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu dan berbahaya dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

Video polis mengejar lori berdurasi 11 saat tular di media sosial dengan netizen memuji ketangkasan anggota polis.

 

Video tersebut di sini:

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…