Kejadian kebakaran pertama melibatkan VW ID.3

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah EV Volkswagen ID.3 musnah dalam kes kebakaran yang dilaporkan di bandar Gronigngen, Belanda beberapa hari yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku sejurus selepas pemilik ID.3 itu selesai mengecas hatchback berkuasa elektrik itu menggunakan pengecas tepi jalan.

 


Belum pun sempat memulakan perjalanan, wanita itu kemudian mengesan kehadiran asap sebelum membuat keputusan menyelamatkan anaknya dan berjaya keluar dari kereta tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Kebakaran itu menyebabkan VW ID.3 musnah sama sekali selain mengakibatkan sebuah lagi EV yang diparkir (Nissan LEAF) rosak. Meskipun anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan pantas, namun hatchback elektrik VW itu tidak dapat diselamatkan.
 

ID.3


Volkswagen dilaporkan telah melancarkan siasatan terhadap bangkai EV itu untuk mengenalpasti punca sebenar kebakaran yang berlaku secara tiba-tiba itu.

Model hatchback berkuasa elektrik ID.3 itu pernah dipanggil semula pada Oktober dan November 2020 disebabkan masalah yang melibatkan konduktor pembumian perlindungan kabel pengecas yang longgar.

Baca: Volkswagen ID.3 2020

Malah, ia juga pernah dikritik hebat akibat perisian sistem infotainmen yang kerap bermasalah.

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…