Keiichi Tsuchiya bakal sertai WTAC 2018!

oleh Mohamad Hanif|
Lagenda Drift King Keiichi Tsuchiya dilaporkan akan kembali berlumba pada kejohanan World Time Attack Challenge (WTAC) yang dijangka akan berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2018 bertempat di Sydney hujung tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada laman rasmi WTAC, pemandu yang berusia 62 tahun itu membuat keputusan untuk bertanding secara aktif di dalam WTAC tersebut setelah terlibat secara tidak langsung pada dua tahun kebelakangan ini. 
 


Menurut CEO Superlap Ian Baker, "Berita ini sememangnya menarik dan kita semua tahu semangat beliau (Keiichi Tsuchiya) untuk berlumba tidak pernah padam walaupun pada usia sebegitu."

"Untuk menghargai sokongan para peminatnya, Keiichi akan menjanjikan persembahan yang menarik pada penyertaannya kali ini," tambah beliau. 

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan jentera yang bakal digunakan oleh Keiichi Tsuchiya pada perlumbaan tersebut. 

 

Sumber: WTAC

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (…
Berita Global
Apabila menyebut tentang Hyundai, sejarah awalnya bukanlah menunjukkan imejnya sebagai sebuah…
Sukan Bermotor
Jenama seperti Mercedes-AMG, BMW M dan Hyundai N sudah mula menumpukan perhatian terhadap kenderaan…