Kei-car elektrik Sakura dan eK X EV cecah 50 ribu unit, produk JV Nissan dan Mitsubishi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan, Mitsubishi Motors, and NMKV Hold Line-Off Ceremony for New Kei EV
Nissan, Mitsubishi Motors, and NMKV Hold Line-Off Ceremony for New Kei EV
Pelbagai model kenderaan elektrik (EV) ditawarkan di pasaran tempatan sekarang ini dan tarikan untuk mencuba dan membeli memang kuat.

Harganya pula dari sekitar RM100,000 hingga lebih RM500,000 dan kepada yang mahu mencuba, mungkin boleh bermula dengan model biasa atau sebagai kereta kedua.

Di Jepun, sudah ada kei-car bernadikan motor elektrik dan menariknya dikeluarkan sekaligus iaitu Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV.

Kedua-dua model itu adalah hasil perancangan dan pembangunan NMKV, syarikat kerjasama Nissan dan Mitsubishi Motors.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
NISSAN SAKURA, MITSUBISHI EK X RANGKUL ANUGERAH JAPAN CAR OF THE YEAR 2022

 

Walaupun dari syarikat sama kedua-duanya tampil dengan identiti sendiri dan tugas pengeluaran dibuat Mitsubishi Motors di Okayama, Jepun.

Model itu menyambut ulang tahun pertama selepas dikeluarkan pada 20 Mei 2022 dan jumlahnya telah mencecah 50,000 unit!

Sakura dan eK X EV dibekalkan bateri 20 kilowat jam (kWj) dan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 63 kuasa kuda (hp) dan tork 195Nm.

Jarak pandu sejauh 180 kilometer (WLTC) dan tempoh pengecasan memerlukan lapan jam menggunakan pengecas standard.

Nissan Sakura 2022

Kedua-dua model telah memenangi banyak anugerah seperti Car of the Year Jepun 2023, Car of the Year RJC dan Japan Automotive Hall of Fame (JAHFA) Car of the Year.

Nissan dan Mitsubishi Motors sebenarnya telah lama bekerjasama dengan NMKV ditubuhkan pada 1 Jun 2011 dan masing-masing mempunyai pegangan 50/50.

Kerjasama itu menghasilkan Nissan DAYZ, ROOX, Mitsubishi eK wagon, eK space dan eK X. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Nissan dan Mitsubishi

 

Mitsubishi eK X EV

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebut sebagai eK 'cross' EV, Mitsubishi eK X EV ini membawakan harga jualan bermula dari 1,848,…
Berita Global
Sebagai sebuah kei-car, Nissan Sakura memiliki ukuran sepanjang 3,395 mm, lebar 1,475 mm, tinggi 1,…