Kei car Daihatsu Copen jadi roadster off-road

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu Copen merupakan antara kereta sports kei yang masih lagi dijual secara rasmi di pasaran Jepun, selepas Honda menamatkan penjualan S660 pada tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada pelbagai pilihan varian yang anda boleh beli, Daihatsu Copen juga boleh dilengkapi dengan spesifikasi GR Sport (ya, dijual sebagai Toyota!) seperti rim BBS, roda stereng Momo dan sistem suspensi yang ditala semula.

Itu untuk kegunaan jalanan, bagaimana pula jika anda gatal tangan untuk bawa masuk Copen di laluan off-road?
 

copen


Contoh modifikasi sesuai ada ditampilkan di laman web jual beli Car Sensor, di mana unit yang dipaparkan ini telah diubahsuai dengan teliti.

Seperti contoh, sistem suspensi yang membolehkan jarak kelegaan tanah yang boleh mengalahkan sesetengah SUV urban, rim OZ Racing bersaiz 15 inci, dan tayar Yokohama Geolandar M/T.
 

Copen


Penampilan luar diserikan dengan pemasangan unit lampu tambahan LED IPF, skid plate aluminium, cangkuk tunda, lampu kabus LED, tangga pasir ARB serta tangki Rotopax yang disangkutkan pada sangkar oleng kustom pada bahagian belakang.

Akhir sekali, bumbung boleh lipat Copen itu telah diberikan fungsi bukaan dan tutup secara automatik oleh Takeoff bagi melindungi pemandu dan penumpang daripada cuaca yang tidak menentu.
 

copen


Enjin asal 660 cc berkuasa turbo itu masih lagi standard tanpa sebarang pengubahsuaian, melainkan sistem perpaipan yang diakhiri dengan tip ekzos berkembar daripada HKS.

Berdasarkan laman web Car Sensor, kereta off-road cilik ini mempunyai jarak perbatuan sekitar 96,055 km sejak ia mula dibeli pada tahun 2015, dan kini bersedia untuk menerima tuan baharu.

Harga yang diminta? ¥1,698,000 atau RM55,645, hampir sama dengan nilai sebuah Daihatsu Copen serba baharu di pasaran Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Untuk makluman, kedua-dua model Flair Wagon ini sebenarnya diubah lencananya daripada model Spacia…
Berita Global
Salah satu daripada model yang bakal dipamerkan ialah Suzuki Swift Concept. Model Swift Concept…