“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, di PUSPAKOM Shah Alam pada Isnin.
Sementara itu, Aedy Fadly memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kegiatan itu.
“Kami cuba mengesan ‘runner’ yang terlibat, tetapi setakat ini semua saluran komunikasi gagal dihubungi. Oleh itu, kami akan menggunakan kaedah lain untuk mengesan mereka,” ujarnya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, PUSPAKOM tidak akan membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran yang sama.
Langkah itu diambil bagi membanteras kegiatan menjual slot tempahan dengan harga tinggi oleh orang tengah.