Kedutaan China - kami tak masuk ruang udara sesiapa

oleh HEZERI SAMSURI|
Jurucakap Kedutaan China semalam berkata penerbangan yang dilakukan di ruang udara negara tempohari adalah satu latihan biasa dan tidak ada sebarang negara yang disasarkan.

"Menurut undang-undang antarabangsa berkaitan, pesawat tentera China mempunyai kebebasan untuk terbang di mana-mana ruang udara berkaitan dan kapal terbang tentera China tidak masuk ke sebarang ruang udara negara lain," ujarnya lagi tanpa memberikan sebarang penerangan lengkap tentang undang-undang mana yang dijadikan alasan.

Beliau juga menyatakan bahawa China dan Malaysia ialah negara berjiran yang baik dan China sudi untuk mengadakan perbincangan bagi memastikan keamanan kawasan sekitar.

Kenyataan tersebut dilakukan sebelum Kementerian Luar Negeri memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan sebenar.

 

china langgar

 

Beberapa pesawat tentera udara China telah memasuki ruang udara Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali dan tidak menurut arahan untuk berhubung dengan pengawal udara yang bertanggung-jawab di atas ruang udara Kota Kinabalu (KK FIR).

Tentera Udara Malaysia berkata tindakan pesawat-pesawat China itu adalah satu ugutan kepada kedaulatan negara dan juga membahayakan ruang udara Kota Kinabalu yang sibuk.

* Laporan penuh di Malaysia Kini

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
EV yang dipasang secara CKD itu bakal diedarkan kepada para pelanggan di China menjelang akhir…
Berita Global
Serentak dengan itu, Honda telah melancarkan jenama khusus e:N Series untuk barisan kenderaan…
Berita Global
DFSK, anak syarikat Dongfeng Motor akan membekalkan sebanyak 5,000 unit lori kecil kepada syarikat…