Kedai rasmi Initial D dibuka di Tokyo - sempena ulang tahun yang ke-25

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat siri animasi Initial D karya Shuichi Shigeno, sebuah kedai jenis pop-up telah dibuka di Tokyo bersempena dengan ulang tahun yang ke-25 siri perlumbaan jalanan dari Jepun itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedai tersebut dibuka untuk tempoh dua minggu bertempat di Shibuya, Tokyo mempamerkan barangan serta cenderahati Initial D untuk dibawa pulang. 

Anda mungkin kecewa kerana tiada hidangan taufu disediakan di kedai tersebut. 
 


Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual, bermula dari ilustrasi watak komik (atau manga), serta lakaran kereta-kereta yang digunakan dalam cerita tersebut.

Sudah pasti, lakaran kereta watak utama turut dipamerkan iaitu Toyota Corolla Sprinter Trueno AE86, Mazda RX-7 FC3S, Mazda RX-7 FD3S, Nissan Skyline R32 GT-R, dan senarai yang takkan habis (memang banyak!). 

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan keychain berbentuk dialog daripada babak popular, casing peranti pintar, dompet, bekas duit syiling, selipar, nombor pendaftaran yang digunakan dalam cerita serta cermin pandang belakang jenis lebar.
 


Namun, bagi peminat dan kipas susah mati Initial D, item yang paling cool anda boleh dapatkan adalah lakaran touge battle antara AE86 Takumi dan FD Keisuke yang dibuat menggunakan stail dakwat hitam putih tradisional Jepun. 

Buat para pengikut karya Shuichi Shigeno, terdapat juga barangan serta cenderahati daripada sini manga terbaharu beliau, MF Ghost, mengisahkan seorang pelumba yang menggunakan Toyota 86 bagi melawan jentera yang lebih berkuasa dan lebih moden. 

 


Kedai pop-up Initial D ini hanya akan dibuka selama dua minggu bermula 23 Julai sehingga 10 Ogos, sebelum beroperasi di Osaka bermula 13 September sehingga 28 Ogos. 

Jika anda mempunyai rakan di Jepun, boleh dapatkan bantuan mereka untuk membelikan barangan Initial D atau MF Ghost sementara kedai masih dibuka. 

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam siri tersebut, ia merupakan Mazda RX-7 FD3S yang dipandu oleh watak Keisuke Takahashi yang…
Berita Global
Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (…
Berita Global
Menurut laman berita tersebut, Sung Kang dilapor sedang membangunkan dua projek filem terbaharu,…