Kedai kereta terpakai dari neraka - sanggup padam lampu amaran, tipu jarak perbatuan!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baharu dengan tempoh pinjaman yang lama, pilihan yang ada adalah kedai menjual kereta terpakai (used car), namun silap langkah anda mungkin akan menjadi mangsa yang seterusnya.

Informasi ini kami kutip daripada Malaysian Modders (terima kasih rakan media Mekanika) yang mendedahkan perangai keji sebuah syarikat menjual kereta terpakai yang beroperasi di Jalan Reko, Kajang, Selangor.

 

 


Menurut aduan daripada beberapa mangsa, kedai tersebut bukan sahaja menipu jarak perbatuan, malah sanggup menampal dan memadamkan beberapa lampu amaran bagi 'meyakinkan' pembeli bahawa kereta tersebut tidak mempunyai sebarang masalah.

Ini bakal mendatangkan masalah yang sangat besar, terutama bagi sesetengah kenderaan yang diketahui bakal mengoyakkan poket pemilik, dan lebih teruk apabila kerosakan tersebut sukar untuk dibaiki.
 


Difahamkan, kedai tersebut banyak menjual kereta terpakai jenis Proton Preve.

Berdasarkan makluman daripada netizen, laman Facebook kedai tersebut sudah dinyahaktifkan, namun ada yang mendakwa nama laman MY AUTO CITY TRADING ditukar menjadi MAJU AUTO.

Sumber: Malaysian Modders menerusi Mekanika