Untuk peminat jam tangan Casio yang risau akan risiko penipuan atau jam tangan yang dijual pada harga yang tidak masuk akal di laman membeli belah seperti Lazada dan Shopee, usah risau kerana pihak Casio sendiri sudah pun membuka kedai dalam talian rasmi untuk pembeli di Malaysia.

Menurut laporan Lowyat.net, laman web Casio Online Store ini diuruskan sendiri oleh pihak Casio dan bukannya pihak pengedar rasmi Macro Group.
Ini sekaligus memberikan keyakinan kepada para pembeli untuk mendapatkan model jam tangan kegemaran menerusi saluran yang sah.
Pilihan model G-Shock dan juga Baby G boleh dilihat menerusi laman web https://www.casio.com/my/watches/gshock/
Sumber: Lowyat.net