Kedah International PickUp Carnival 2018 bakal mengumpulkan 2000 kenderaan Pickup dari serata Malaysia dan negara jiran

oleh SALINA JALIL|
Forward Kedah dengan kerjasama Kelab Permotoran Dark Smoke dengan sokongan dari Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan himpunan peminat pickup terbesar di Malaysia pada 31 Ogos hingga 1 September 2018 bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah.

Festival yang dinamakan “Kedah International PickUp Carnival 2018 ’ ini juga akan mendapat penyertaan daripada kelab kelab dari Thailand dan Indonesia selain mengumpulkan lebih 2000 kenderaan pickup tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu aktiviti yang paling dinantikan iaitu modifikasi kenderaan pickup turut diadakan memandangkan ia mempunyai peminat tegar diseluruh negara dan antara modifikasi yang menjadi ikutan ialah bodywork termasuk cat, bodykit, modifikasi enjin, modifikasi dalaman dan modifikasi sistem audio.

 

pic 1

 

Aktiviti lain juga turut disediakan seperti persembahan muzikal, permainan kanak kanak dan jualan amal selain daripada program-program teknikal yang melibatkan kenderaan pickup. Beberapa syarikat pengeluar kenderaan juga akan turut mengambil bahagian dan membuka booth jualan dan perkhidmatan. Beberapa jenama produk dan perkhidmatan 'after market' seperti ujian Dyno, pemasangan audio, pemasangan rim, dan aksesori yang lain akan turut berada sepanjang karnival ini berlangsung.
 

 

Pengerusi Forward Kedah, Khairil Hanafi berkata, selaku NGO yang memperjuangkan industri pelancongan di Kedah, program ini diharap dapat mengumpulkan peminat kenderaan pickup dari seluruh rantau ini dan secara tidak langsung memberi impak ekonomi kepada pengusaha industri pelancongan di Bandaraya Alor Setar termasuk pengusaha hotel dan homestay.

 

Manakala Tuan Haji Isahak Murad selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (bahagian pembangunan) pula berkata beliau berharap program ini menjadi salah satu cabang untuk memperkenalkan negeri Kedah yang kaya dengan produk pelancongan kepada warga Malaysia secara keseluruhannya.


Kelab permotoran Dark Smoke juga akan turut mengadakan pertandingan modifkasi untuk kenderaan pick up dan terbahagi kepada 20 kategori. Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan keseluruhan karnival ini boleh didapati daripada laman web rasmi iaitu www.Kedahinternationalpickupcarnival.com dan laman media sosial rasmi KIPC. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelbagai model dari seluruh Malaysia termasuk dari Thailand hadir memeriahkan program di negeri…