Kecurian kenderaan menurun 50% - Proton Wira masih jadi pujaan pencuri; Hilux jatuh nombor 4

oleh HEZERI SAMSURI|
Kadar kecurian kenderaan di dalam negara turun hampir separuh sejak lima tahun lalu.

Ini ialah apa yang dikongsikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia, PIAM semasa perjumpaan bersama media kelmarin.

Menurut CEO PIAM, Mark Lim, penurunan tersebut ialah hasil dari gandingan usaha oleh agensi kerajaan, sektor swasta dan juga orang awam untuk mengurangkan kadar kecurian kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

"Tren penurunan ini masih terus berlaku kerana dari kajian kami, kadar kecurian kenderaan makin menurun dalam enam bulan pertama tahun ini," ujar Mark.

Sebanyak 5,173 kes kecurian kenderaan berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2019, menurun dari jumlah 7,072 kes yang berlaku dalam masa yang sama tahun lalu.

Proton Wira masih menjadi dambaan utama pencuri kenderaan. Di bawah ialah senarai populariti kenderaan yang dicuri untuk enam bulan pertama tahun ini dan jumlah yang dicuri dari Januari hingga Jun 2019.

  • Proton Wira (225 kes)
  • Proton Iswara (164 kes)
  • Perodua Kancil (123) kes)
  • Toyota Hilux (112 kes)
  • Perodua Myvi (100 kes)
  • Proton Waja (76 kes)
  • Proton Saga (68 kes)
  • Toyota Vellfire (65 kes)
  • Nissan Vannete (64 kes)
  • Honda City (51 kes)
  • Toyota Alphard (29 kes)
  • Proton Perdana (22 kes)
  • Mitsubishi Triton (19 kes)

Pengerusi PIAM, Antony Lee pula berkata syarikat-syarikat insuran membayar pampasan untuk kenderaan sebanyak RM15 juta setiap hari.

"Walaupun jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 6.7 peratus dari tahun 2017 (6,740 kes) kepada 6,284 kes dalam tahun 2018, jumlah kemalangan meningkat.

Sebanyak 548,598 kemalangan jalanraya direkodkan oelh pihak JPJ tahun lalu. 

"Malah, jumlah pampasan insuran kenderaan untuk enam bulan pertama tahun ini naik sebanyak 12 peratus kepada RM2.71 bilion," ujar Antony.

PIAM sedang berbincang dengan Kementerian Pengangkutan  untuk mencari jalan bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Taktik "Carrot and stick" atau cara di mana mereka yang mencuba untuk mengurangkan kadar kemalangan akan mendapat faedah adalah antara cara yang cuba diterapkan oleh PIAM.

"Contohnya, kita berikan ganjaran kepada pemandu yang tidak mendapat saman untuk setahun," terang Antony.

Buat masa sekarang, liberasi tarif insurans kenderaan hanya berlaku dalam julat 10 peratus dari harga yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Untuk memberikan ganjaran kepada pemandu yang tidak mendapat saman dalam setahun pula, ia memerlukan sistem rekod online yang boleh digunakan.

Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia masih tidak dapat menjalankan sistem demerit bagi mengawal pengguna-pengguna jalanraya di Malaysia.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…