Kecurian 100 Meter Kabel Jejaskan Sistem ETS Dan KTM Komuter Utara Lewat Lebih Sejam

oleh Qalif Latif|
Perkhidmatan tren di laluan utara mengalami gangguan awal pagi tadi selepas berlaku insiden kecurian kira-kira 100 meter kabel di KM95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kejadian tersebut menyebabkan sistem semboyan terganggu dan menjejaskan operasi beberapa perkhidmatan ETS serta KTM Komuter Utara. Kehilangan kabel itu dikesan oleh Polis Bantuan KTMB selepas pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian.

Curi Kable KTMB

Curi Kable KTMB

Akibat gangguan tersebut, beberapa tren mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal.

Antara KTM Komuter Utara yang terjejas ialah:

  • No. 2902 – kelewatan 34 minit

  • No. 2904 – kelewatan 40 minit

  • No. 2903 – kelewatan 23 minit

  • No. 2905 – kelewatan 25 minit

Dalam masa sama, beberapa perkhidmatan ETS turut mengalami kelewatan termasuk:

  • EP9121 – kelewatan 90 minit

  • EX9171 – kelewatan 21 minit

  • EP9323 – kelewatan 6 minit

  • EG9343 – kelewatan 3 minit

KTMB berkata insiden kecurian kabel bukan sahaja menjejaskan kelancaran operasi tren, malah memberi implikasi terhadap aspek keselamatan dan kebolehpercayaan sistem rel negara.

Pasukan teknikal KTMB kini sedang menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan bagi memastikan operasi tren kembali stabil secepat mungkin. Penumpang juga disarankan mendapatkan maklumat terkini menerusi media sosial rasmi KTMB atau terus kepada kakitangan stesen bertugas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil siasatan mendapati van jenazah jenis Toyota Hiace itu milik Surau Nurul Haq, Jalan Besar,…
Berita Domestik
"Mangsa seorang pelajar kolej menyatakan dia melihat dan sempat merakam perbuatan dua individu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir, berkata kejadian berlaku 8.…