Kecuaian membawa padah! Isi minyak sambil hisap rokok, melecur kaki, kedai terbakar!

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemilik kedai runcit melecur di kaki selepas disambar api akibat kecuaian mengisi petrol ke dalam botol sambil menghisap rokok dan hampir menyebabkan kedainya di Kampung Empila di Kota Samarahan terbakar.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 12.06 tengah hari ini sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dihantar ke lokasi.

"Sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah dipadam penduduk kampung, sebelum bomba meneruskan operasi memadam api bagi memastikan kebakaran tidak merebak kembali," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ling Hii berkata, kebakaran hanya membabitkan kusyen dan kerusi kayu akibat disambar selepas terkena tumpahan petrol.

 

"Lelaki yang juga pemilik kedai melecur pada kaki kanan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan untuk rawatan lanjut.

 

"Siasatan lanjut masih dijalankan Unit Forensik JBPM Sarawak," katanya.

 

 

HM