Keciciran bantuan PERMAI, pemandu bas ekspres rayu pertimbangan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lebih 1,000 pemandu bas ekspres berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) merayu bantuan khas kerajaan akibat kehilangan sumber pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Presiden PPBSM, Saadan Man, berkata pihaknya kecewa selepas pemandu bas tercicir dalam senarai penerima pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

 

"Ramai pemandu bas ekspres langsung tidak menerima gaji dan ramai terpaksa membuat kerja kampung demi mencari rezeki untuk keluarga.

 

"Kami harap kerajaan dapat mempertimbang bantuan kepada pemandu bas dan PPBSM sedia menyediakan senarai pemandu yang layak menerimanya," katanya ketika dihubungi di Yan.

 

Saadan berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pada 25 Januari lalu, mengenai isu keciciran bantuan PERMAI.

 

Pemandu bas ekspres, Mohammed Anis Hamid, 57, mengakui bimbang dengan nasib keluarga sejak gajinya terjejas berikutan pandemik COVID-19.

 

"Saya buat apa sahaja kerja termampu untuk menyara keluarga. Ketika ini saya buat kerja kampung dan menjadi pengawal keselamatan secara sambilan.

 

"Jika ada bantuan PERMAI, dapat juga meringankan sedikit beban kami, boleh juga buat modal berniaga kecil-kecilan," katanya.

 

Mohammed Mohammad Ibrahim, 50, berkata tidak semua syarikat menawarkan gaji pokok kepada pemandu bas ekspres, sebaliknya ada yang dibayar mengikut jumlah perjalanan.

 

"Ini bermakna apabila bas jalan barulah pemandu ada elaun, tetapi sejak pandemik COVID-19 kebanyakan syarikat mengurangkan jumlah perjalanan kerana tidak ada penumpang.

 

"Secara tidak langsung kami terkesan sama seperti pemandu bas persiaran dan bas pelancong yang tiada penumpang," katanya.

 

-Ramai yang terkesan kerana COVID-19 ini, semoga mereka yang kehilangan pendapatan dibuka pintu rezeki yang lain dan dilindungi sentiasa-

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau juga mengumumkan, pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik,…