Kebenaran rentas negeri Isnin hingga Khamis sahaja - PDRM

oleh Mohamad Hanif|
Polis Diraja Malaysia malam ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia sebahagian langkah mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 di negara ini.

"Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

"Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

"(Bagaimanapun) ini tidak termasuk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah dilarang.

Katanya, ia akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.

Mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dan pasar malam, Acryl Sani berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.

"Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan itu dihentikan," katanya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini yang…
Berita Domestik
Ini adalah berikutan kadar vaksinasi dua dos vaksin bagi populasi dewasa kini telah mencapai 90…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,…