Kebenaran rentas negeri bergantung kepada penilaian KKM

oleh Mohamad Hanif|
Keputusan sama ada boleh merentas negeri bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM memandang serius kebenaran rentas negeri kerana ia salah satu penyumbang kepada kluster Covid-19.

“Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan nasihat KKM. Mereka yang akan membuat penilaian sama ada akan dibenarkan atau tidak.

“KKM menjangkakan kes akan menurun Mei ini. Tetapi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, mungkin kes akan turun lebih cepat. Sama-sama kita berdoa,” katanya dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai kebenaran membuka bazar Ramadan bulan depan, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa tempatan  (PBT) boleh menyesuaikan SOP mengikut keadaan di tapak bazar.

“Sepatutnya negeri atau daerah perlu mengikut apa yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya yang berkaitan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana itu undang-undang yang perlu dipatuhi dibawah Akta 342.

“Tetapi terdapat kes-kes tertentu yang mana majlis daerah perlu sesuaikan dengan keadaan di tempat mereka. Sebagai contoh di Sabah dan Sarawak yang berbuka lebih awal, maka boleh sesuaikan dengan keadaan di sana,” katanya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini yang…
Berita Domestik
Ini adalah berikutan kadar vaksinasi dua dos vaksin bagi populasi dewasa kini telah mencapai 90…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,…