Kebenaran rentas daerah, negeri selepas 80 peratus rakyat divaksin

oleh Mohamad Hanif|
Kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum mempertimbangkan kebenaran merentas daerah dan negeri walaupun program vaksinasi sudah bermula.

"Kita menjangkakan negara mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

"Sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi.

"Kedua-dua pendekatan ini dijalankan seiring sehingga kita mendapatkan imuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus daripada rakyat kita sudah diberikan vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus KKM bersama media yang berlangsung secara dalam talian, hari ini.

Sebaik negara mencapai tahap imuniti kelompok yang disasarkan, Dr Noor Hisham berkata, pertimbangan turut diberikan untuk perjalanan rentas negara.

"Kita sudah ada perbincangan berhubung pasport imuniti sama ada kita boleh merentas negeri, negara dan sebagainya tetapi ini memerlukan data dari negara lain juga.

"Namun perkara ini masih dalam penelitian kerana kita memerlukan lebih banyak data. Mungkin dalam tempoh enam hingga sembilan bulan ini, kita boleh mendapatkan data terbabit.

"Jika negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin kita akan pertimbangkan (perjalanan rentas negara)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai imuniti kelompok, beliau berkata jangkaan dan penilaian yang dibuat KKM adalah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai situasi pandemik di kedua-dua negara.   "Kami…
Berita Global
  Peraturan itu juga disifatkan paling ketat pernah dilaksanakan susulan program vaksinasi Covid-…
Informasi
  Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara…