Kebakaran treler di Terowong Genting Sempah, trafik sesak arah pantai timur

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sepanjang 11 kilometer berikutan insiden treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah awal pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata insiden yang berlaku pada jam 1.37 pagi itu, menyebabkan laluan kontra dibuka di KM38.2 hingga KM36.9 arah barat sebelum Terowong Genting Sempah bermula jam 8.24 pagi sehingga 9.06 pagi untuk kerja-kerja mengalihkan treler itu.

Kerja-kerja mengalihkan treler itu selesai dan laluan di dalam terowong itu dibuka pada jam 9.06 pagi namun trafik masih sesak.

“Pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan treler itu hanya terbakar di bahagian depan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 


Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad, berkata setakat ini aliran trafik bergerak perlahan dari Tapah ke Gopeng.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anih Berhad, pemegang konsesi untuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan KL-Karak telah mengagihkan 3,000…