Kebakaran Felicity Ace, Lamborghini mungkin terpaksa buka kembali barisan produksi Aventador

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kes kebakaran kapal kargo Felicity Ace tempoh hari, Lamborghini mungkin terpaksa mempertimbangkan langkah untuk membuka kembali barisan produksi Aventador.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Andrea Baldi selaku CEO Lamborghini Amerika, beliau masih lagi tidak dapat mengesahkan jumlah kerugian yang dialami dan salah satu perkara yang membimbangkan beliau adalah model Aventador yang dibawa oleh kapal tersebut.

Pada ketika ini, model Aventador sudah pun habis terjual dan bakal digantikan dengan model baharu.

Sekiranya model Aventador atas kapal tersebut terjejas, mereka terpaksa membuka kembali barisan produksi untuk membina unit Aventador baharu.

"Saat ini, kami tidak tahu, dan kami harus berdepan dengan masalah yang bakal muncul.

"Kesemua unit Aventador telah pun habis terjual, jadi terdapat kemungkinan sebilangan kecil pelanggan membatalkan pembelian dan mahukan model pengganti.

"Namun, saya berharap agar sekurang-kurangnya beberapa unit Aventador atas kapal itu terselamat daripada sebarang kerosakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, kapal dengan kapasiti 4,000 buah kenderaan itu membawa muatan kenderaan sebanyak 3,828…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, terdapat beberapa unit kenderaan daripada jenama mewah seperti Audi,…
Berita Global
Menurut pengurusan MOL Ship Management, kapal yang mengalami kebakaran tempoh hari itu kini berada…