Kebakaran Felicity Ace, berita buruk buat pembeli kereta baharu di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Pada 16 Februari yang lalu, kapal kargo yang membawa muatan kenderaan baharu Kumpulan Volkswagen dari Jerman ke Amerika Syarikat dilaporkan terbakar di lautan Atlantik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun anggaran kerugian mampu mencapai angka setinggi $335 juta (RM1.4 bilion).

Pada ketika ini, kebanyakan pengedar kereta VW Group (Volkwagen, Audi, Porsche, Bentley, dan Lamborghini) di Amerika Syarikat mula menghubungi pelanggan berkenaan berita buruk yang menimpa itu, serta jangkaan tempoh kelewatan bagi model yang telah ditempah.

Bercakap kepada Automotive News, salah satu pengedar Porsche dari Philadelphia berkata, "ia akan menyebabkan kelewatan yang lebih lama disebabkan kami kini mempunyai kekurangan kapal pengangkut."

Malah, pengedar Porsche itu terpaksa memberikan pampasan berbentuk naiktaraf kepada trim Platinum secara percuma bagi menampung kelewatan yang dijangkakan selama empat bulan itu.

"Kos untuk model Platinum adalah jauh lebih mahal berbanding tempahan asal, namun kami mengekalkan harga yang sama untuk pelanggan tersebut.

Setakat ini, pengendali Felicity Ace telah mengeluarkan siaran media yang mengesahkan tiada kebocoran minyak yang berlaku pada kapal tersebut, namun punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, kapal dengan kapasiti 4,000 buah kenderaan itu membawa muatan kenderaan sebanyak 3,828…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, terdapat beberapa unit kenderaan daripada jenama mewah seperti Audi,…
Berita Global
Menurut pengurusan MOL Ship Management, kapal yang mengalami kebakaran tempoh hari itu kini berada…