‘Kawbra’, Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) pertama buatan tempatan dpertontonkan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari https://www.armyrecognition.com/dsa_2022
‘Kawbra’, Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) pertama buatan tempatan, dipertontonkan buat pertama kali kepada pemain industri pertahanan dunia pada Isnin lalu.


Sesuai dengan namanya, kenderaan itu tidak menggunakan bahan bakar yang menjadikan pergerakan kenderaan itu senyap seperti seekor ular tedung, selain rupa bentuk bentuk hadapannya direka seakan ular berbisa berkenaan.


Ia dibangunkan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) dengan kerjasama syarikat Dream Age, dan direka sebagai kenderaan taktikal untuk menyelinap ke kawasan berisiko.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Stride, Aizul Fazli Suhaimi berkata, UGV itu boleh diatur gerak ke kawasan yang berbahaya dimasuki manusia, seperti kawasan pencemaran sisa toksik dan berisiko kepada nyawa manusia dengan hanya menggunakan kawalan jarak jauh.

 

"Kita boleh atur gerak kenderaan itu bagi memasuki kawasan berkenaan untuk mengambil data dan boleh juga melakukan video masa nyata untuk mengetahui keadaan sebenar di lokasi terbabit, sekali gus tidak perlu membahayakan orang lain,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

 

Selain Kawbra, Stride di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022, di sini turut mempamerkan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh dan fabrik pintar yang dibangunkan institut berkenaan.

 

Mengulas lanjut, Aizul berkata, Kawbra dilengkapi tiga sensor iaitu, sensor halangan yang menggunakan teknologi inframerah untuk mengesan objek yang menghalang laluannya, sensor geomaknatik dan sensor GPS untuk 'follow me mode', selain mempunyai empat kamera di bahagian hadapan, sisi kanan dan kiri serta belakang untuk tujuan pemantauan.

 

"Kenderaan ini mampu membawa beban sehingga 200 kilogram dan boleh bergerak sejauh 40 kilometer bagi setiap cas penuh,” katanya yang memaklumkan UGV itu dikuasakan dengan bateri pengecasan elektrik.

 

Aizul mendedahkan, tahap kesediaan teknologi (TKT) untuk kenderaan UGV itu ketika ini berada pada tahap empat dan untuk tujuan komersil, TKT perlu berada sekurang-kurangnya pada tahap sembilan.

 

gambar dari http://www.armyrecognition.com/dsa_2022

 

Diharapkan melalui Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Asia 2022 ini, ada pihak yang menunjukkan minat,” katanya.

 

UGV Kawbra mula dibangun pada 2019 dengan kos tidak melebihi RM1 juta, namun proses persiapannya sedikit terganggu susulan negara dilanda dengan pandemik Covid-19.

 

 

- Bernama