Kawasan peranginan Bukit Larut ditutup akibat tanah runtuh

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Pusat Peranginan Bukit Larut
Beberapa kakitangan pengurusan Bukit Larut di Taiping dilaporkan terkandas berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada petang Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian sekitar jam 3 petang itu, mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang oleh keadaan tanah dan pokok tumbang.

Menerusi maklumat dikongsi dalam Facebook Pusat Peranginan Bukit Larut, semua kakitangan berkenaan terkandas dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan di Kilometer 10.

Mereka bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan berjaya turun ke kaki bukit menggunakan laluan pintas hutan.

Kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan-kawasan sebelum Watermelon hingga ke Pondok 1.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memaklumkan, susulan kejadian itu, kawasan peranginan berkenaan telah ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti bagi mengelak risiko.

"Jangkaan tempoh penutupan akan dimaklumkan selepas penilaian keselamatan dibuat terutama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.