Kawasaki ZX-25R versi perang!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, para peminat jentera dua roda tidak berkesempatan untuk melihat dengan lebih terperinci motosikal suku liter yang hadir dengan enjin empat silinder dari Kawasaki itu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Untuk menambahkan lagi tahap keterujaan sedia ada, pihak Kawasaki Jepun telah menerbitkan beberapa keping imej yang memaparkan Kawasaki ZX-25R yang dibina khusus untuk perlumbaan one-make.

 


Antara ubahsuai yang dilakukan bagi menjadikan jentera ZX-25R ini sesuai untuk dilenjan termasuklah sistem ekzos Beet Nasser-T Evolution Type II, set tayar Dunlop Sportmax α-13SP, rantai dan sproket RK, serta penyerap hentak tunggal SHOWA yang diambil daripada Kawasaki ZX-10R.

Manakala set suspensi hadapan masih kekal dengan komponen fork USD standard kilang.

 

 


Selain itu, Kawasaki ZX-25R Racing ini turut dilengkapkan dengan tempat duduk, tail cowl dan pad tangki daripada A-Tech Black Diamond, manakala pedal kaki dan tuil tangan daripada Sniper.

Setakat ini tiada sebarang tarikh yang tetap bilakah pihak Kawasaki akan melancarkan model ZX-25R ini memandangkan tarikh asal telah pun diubah disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

 


Bagi mereka yang terlepas pandang, boleh luangkan masa menikmati irama merdu Kawasaki ZX-25R di dalam litar Jerez.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…